Wednesday, December 10, 2008

Pejabat Urusan 'Dia Best'

Sila hubungi : 0136784898

MAHLIGAI KHAZANAH RESOURCES atau lebih dikenali dengan nama "MKR" . Syarikat mula beroperasi pada tahun 2005 dan dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera yang bergiat cergas di dalam beberapa aktiviti perniagaan . Di antara bidang perniagaan yang diceburi oleh pihak syarikat adalah seperti berikut :-
1. Pembekalan bahan binaan
Pasir sungai , pasir laut , pasir lombong , produk dari Quarry Batu ( aggregate dan crusherrun) dan tanah merah.
2.Pembuatan makanan dan minuman
Industri makanan , pihak syarikat telah berjaya mengeluarkan produk makanan yang terbaru dalam pasaran yang dikenali dengan nama " SAMBAL SEGERA SERBAGUNA" . Produk ini mendapat tempahan yang amat menggalakkan daripada pengguna khasnya daripada pihak pengusaha restoran, kantin dan juga hotel serta resort.
Keistimewaan produk ini adalah ia dapat digunakan secara terus ke dalam masakan yang berasaskan cili dan ia dapat disajikan terus dengan menambah ramuan masakan mengikut citarasa pengguna atau tukang masak. Oleh itu , ia menjadi pilihan utama tukang masak . Di antara kegunaannya ialah :

1.Masakan yang berasaskan cili untuk makanan laut

( seafood- ketam , udang , sotong , kerang dan ikan ) goreng atau bakar. Ia digunakan sebagai merinet , kuah dan atau bahan utama dengan ditambah dengan hiasan makanan yang menyelerakan lagi kelihatan lazat rasanya.

2. Masakan goreng atau basah

Nasi , mee , bihun dan koey teow
Ia dapat disediakan dalam 2 keadaan iaitu kering ( goreng ) atau basah ( berkuah ). Sambal ini menjadi bahan utama atau perasa di dalam masakan .

3. Masakan ayam , daging , ikan dan bilis

Sambal segera ini boleh digunakan untuk masakan makanan di atas dengan cara digoreng bersama ataupun dimasukkan kemudian sebagai kuah kepada masakan makanan di atas . Jika ingin membuat sambal bilis untuk nasi lemak , ikan bilik digoreng terlebih dahulu kemudian dicampurkan dengan sambal segera serta ditambah sedikit air bagi tujuan mendapatkan kuah atau sambal . Setiap bungkus Sambal segera beratnya adalah 200 grams , dan ia adalah untuk menu masakan sebanyak 600 grams.